Wednesday, March 11, 2009

mini baget 2009

Timbalan Perdana Menteri, Dato Seri Najib Razak pada 10 Mac 2009 telah membentangkan Bajet Mini 2009 di Parlimen bertujuan untuk merangsang ekonomi bagi mengatasi masalah kemelesetan ekonomi negara yang sedang dihadapi.Highlight bajet tersebut adalah seperti berikut:-

HIGHLIGHTS

1. Empat teras utama telah ditetapkan oleh kerajaan dalam pembentangan Bajet Mini di Dewan Rakyat pada 10 Mac 2009. Sebanyak RM 60 billion telah diperuntukan bagi menjana ekonomi negara dalam menghadapi kegawatan ekomomi global.

2. Mengatasi pengangguran dan penyediaan peluang latihan dan perkerjaan menjadi agenda utama dalam bajet mini ini. Selain itu kerajaan akan merangsang semula ekonomi negara melalui pengstrukturan semula ekonomi yang berasaskan pengetahuan dan kemahiran.

3. Melalui pelan pengembangan ekonomi negara dalam bajet mini, kerajaan akan berkerjasama dengan sektor swasta bagi mengembangkan ekonomi negara. Ini bermakna kerajaan dan swasta bertindak sebagai peneraju kepada rangsangan ekonomi.

4. RM 60 billion merupakan jumlah yang amat besar telah diperuntukan bagi menjana semula ekonomi negara dalam tempoh dua tahun. Daripada jumlah itu kerajaan akan mengeluarkan sebanyak RM 15 billion sebagai rangsangan fizkal dan jumlah selebihnya adalah dikeluarkan oleh pihak swasta.

5. Ramalan IMF telah mengatakan bahawa ekonomi dunia akan jatuh mendadak dengan teruknya pada tahun 2008. Namun begitu Malaysia mula merasai bahangnya pada September 2008 iaitu lewat sedikit dari ramalan. Kini eksport negara telah susut sebanyak 28 peratus kerana permintaan terhadap komoditi utama telah berkurangan, begitu juga dengan barang-barang pengguna lainnya.

6. Bermula tahun 2009, nilai modal pasaran saham Malaysia telah jatuh dengan jumlah yang banyak. Perkara ini berlaku kerana ramai dikalangan pemilik-pemilik dan pemain-pemain pasaran saham sentiasa mengikuti perkembangan pasaran saham Dow Jones, di Amerika Syarikat.

7. Perkembangan ekonomi negara bertambah lembap kerana ramai di kalangan pengusaha dan peniaga tidak mendapat kredit daripada Bank-bank yang semakin sukar memberi pinjaman di masa kini. Perkara ini ditambah dengan projek-projek yang dijalankan mengambil masa yang lama pelaksanaannya.

8. Bajet Mini yang dibentangkan tidak meminggirkan golongan yang tinggal di luar bandar. Banyak projek penyediaan infrastruktur asas disediakan terutamanya di Sabah dan Sarawak. Penoreh getah dan pekebun kecil juga tidak dilupakan oleh kerajaan dalam pembentangan bajet mini ini. Terdapat skim jaringan sosial, bon dan subsidi yang berjumlah RM27 billion telah diperuntukan kepada golongan yang dirasai mempunyai kesan daripada keadaan ekonomi kini.

9. Kejatuhan ekonomi negara tidak dapat dijangkakan berikutan kegawatan ekonomi global. Negara-negara kaya yang mempunyai kekukuhan ekonominya seperti Korea, Jepun, Taiwan dan China telah menghadapi keadaan yang sama seperti Malaysia. Mereka juga tidak dapat menjangka keadaan ekonomi susut dengan begitu ketara. Namun begitu negara kita masih dapat mengawal keadaan ekonomi melalui Pelan Rangsangan Ekonomi yang diperkenalkan pada November 2008 lalu dengan peruntukan sebanyak RM 7 billion.

10. Melalui bajet mini, kerajaan akan mengurangkan jumlah pekerja asing dalam sektor-sektor tertentu. Tindakan ini bertujuan memberi peluang perkerjaan kepada rakyat tempatan bagi mengisi peluang-peluang perkerjaan yang ada. Namun begitu sikap rakyat Malaysia yang memilih serta tidak mahu melakukan kerja-kerja yang melibatkan kotor, berbahaya, terdedah kepada panas dan tidak glamour amat mendukacitakan kerajaan. Kerajaan telah melaksanakan yang terbaik untuk memastikan rakyat Malaysia mempunyai pekerjaan.

11. Kerajaan akan menyediakan latihan dan peluang perkerjaan kepada golongan yang menganggur serta lepasan pusat-pusat pengajian. Fokus utama ialah meningkatkan kemahiran modal insan yang akan disesuaikan dengan peluang-peluang perkerjaan di masa depan. Kerajaan akan menyediakan latihan-latihan asas dan kemahiran terutama kepada mereka yang diberhentikan kerja.

12. Kerajaan berpandangan, tenaga kerja atau sumber manusia yang akan disediakan oleh pusat-pusat latihan atau institusi pengajian awam mahupun swasta perlulah mempunyai pengetahuan dan kemahiran yang diperlukan oleh industri. Kini walaupun ramai graduan lepasan institusi pengajian tinggi, namun kebanyakannya tidak mempunyai apa yang dikehendaki oleh industri. Disinilah menjadi punca ramai lepasan institusi pengajian tinggi menganggur.

13. Kerajaan Malaysia masih tidak terlambat membentangkan pelan tindakan ekonomi negara. Ini kerana pada November 2008 lalu Pelan Rangsangan Ekonomi bernilai RM 7 billion telah diperkenalkan. Kini Bajet Mini berjumlah RM 60 billion pula dibentangkan bagi memastikan negara serta rakyat tidak merana atau terseksa akibat kegawatan ekonomi dunia. Amerika Syarikat memperkenalkan pelan pemulihan ekonomi setelah dua tahun kejatuhan ekonominya.
(sumber Jabatan Penerangan Malaysia)

1 comment:

  1. Mau menang banyak dengan modal sedikit..
    Ayo gabung di CrownQQ Agen DominoQQ BandarQ dan Domino99 Online Terbesar
    Situs yang bisa memberikan kemenangan
    Raih kemenangan dan jackpot puluhan sampai ratusan juta Anda setiap harinya
    Hanya dengan nominal deposit 20ribu sudah bisa bermain 10 game...

    Buruan Daftar Disini >>> Daftar CrownQQ<<<

    BACA JUGA BLOGSPORT KAMI:
    makotacrownqq
    Tips & Trik
    Jendela Dunia
    Berita dan Info Duniav

    ReplyDelete